TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph terbaharu dengan kemasan elemen permotoran, bermula RM23k

1110

Tag Heuer sering menampilkan jam tangan mewah berlandaskan permotoran dan turut bekerjasama dengan pengeluar-pengeluar kereta sports.

Terbaharu, TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph ini merupakan hasil kerjasama dengan Porsche, ia yang menampilkan ciri-ciri unik berdasarkan dunia permotoran.

TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph



Jam tangan ini mendapat ukiran “PORSCHE” pada bingkainya, corak asphalt seperti permukaan jalan raya pada muka jam, dan dikemaskan dengan gabungan warna rasmi kereta sports itu; merah, hitam dan kelabu.

TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph

Selain itu, anda boleh mendapatkan Carrera Chronograph ini dengan dua pilihan tali iaitu dari bahan kulit atau besi. Jam tangan ini juga menggunakan sistem mekanikal Calibre Heuer 02 yang memiliki simpanan tenaga selama 80 jam, dan dilindungi oleh casis 44mm.

TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph

Jam tangan serba mewah ini akan mula dijual pada harga USD5,850 (RM23,812) untuk tali kulit dan USD6,050 (RM24,626) untuk tali besi. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here