Kajian terhadap sistem pelupusan kereta terbiar selama enam bulan – Menteri Perumahan

1656

Kerajaan akan melaksanakan satu kajian rintis selama enam bulan bagi memantapkan sistem pengurusan pelupusan kereta terbiar dan mencari kaedah pelaksanaan terbaik bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melupuskan kereta usang.

kereta terbiar
Gambar hiasan

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin, sebagai permulaan kajian rintis itu akan melibatkan sebanyak lima PBT. Setakat ini tiga PBT telah dipilih iaitu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) manakala selebihnya sedang dikenal pasti.

“Lima PBT ini akan dijadikan contoh untuk kajian rintis dan dalam sebulan ini mereka akan merancang Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sebagainya termasuk dari segi kaedah prosesnya untuk tempoh enam bulan nanti,” katanya.



Gambar hiasan

Tambah Zuraida, kaedah pelupusan kereta usang yang baik diperlukan bagi mengurangkan perbelanjaan PBT kerana mereka tidak perlu menyewa tapak bagi menempatkan kereta-kereta buruk dan tersadai yang ditarik pihak mereka.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here