Utama Berita Automotif Ford bakal perkenal topeng muka lut sinar bagi tingkatkan kemudahan interaksi

Ford bakal perkenal topeng muka lut sinar bagi tingkatkan kemudahan interaksi

1280
Ford Motor merupakan sebuah syarikat pengeluar kereta terkemuka, namun kini mula menambah cabang penghasilan produk mereka.
Ford telah menerima paten topeng muka lut sinar dengan fungsi sebaik topeng N95, dan kini menanti untuk mendapat kelulusan untuk dibangunkan.
 
“Salah satu perkara yang hilang selepas pandemik melanda adalah seri sebuah senyuman,” kata Jim Baumbick, Naib Presiden Ford, dalam satu kenyataan.
topeng muka ford
“Topeng muka ini akan meningkatkan kemudahan interaksi terutama bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran,” tambahnya.
 
Menurut Dr. Sheri Mello, seorang ahli audiologi di Raleigh, North Carolina kepada CNN, topeng muka ini juga mengurangkan tahap kelantangan sebanyak 10 desibel.
topeng muka ford
Pada masa yang sama, topeng N95 dianggap topeng terbaik untuk digunakan dalam pandemik, kerana kemampuannya menapis 95 peratus partikel.
 
Topeng muka ini masih di peringkat ujian dan Ford berharap ia akan boleh mula digunakan pada musim bunga ini.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here