Warga emas OKU tinggal dalam Proton Wira dihantar ke rumah kebajikan

1883

Seorang warga emas yang dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) telah mendapat perhatian Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu apabila ditemui tinggal di dalam sebuah Proton Wira.

warga emas proton wira

Perkara itu dilaporkan penduduk setempat kepada pusat kebajikan bagi meninjau keadaan warga emas berkenaan sekali gus memberi penginapan baharu kepadanya sebelum dihantar ke rumah kebajikan.



Menerusi perkongsian melalui laman Facebook Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Dato Wira Amiruddin Hamzah berkesempatan meninjau keadaan warga emas berkenaan yang dilaporkan menginap di dalam sebuah Proton WIra di Kampung Jalan Tandop Chegar, Pendang, Kedah.

warga emas proton wira

Difahamkan, warga emas tersebut tiada tempat tinggal atau rumah dan hanya memiliki sebuah Proton Wira sahaja untuk berteduh. Sejurus melihat keadaan tersebut, pihak JKM telah memproses permohonan untuk bantuan kewangan bulanan bagi perbelanjaan warga emas itu.

Sementara itu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kubang Pasu pula bercadang untuk menyewakan sebuah rumah untuk warga emas ini tinggal sementara waktu bagi proses menghantarnya ke rumah kebajikan.

warga emas proton wira

Difahamkan, warga emas berkenaan telah dihantar ke rumah transit sementara buat tempoh dua minggu. Dia juga akan tinggal di sebuah rumah sewa untuknya menetap sementara atas bantuan YB Dato Wira Amiruddin Hamzah.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Pasu dan Dun Jitra turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang telah melaporkan hal ini kepada pihak bertanggungjawab.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here