Perodua Axia terbalik, kemalangan dengan MPV polis

2380

Seorang wanita cedera apabila kereta dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah kereta peronda polis (MPV) di Kilometer 88 Jalan Kluang-Kota Tinggi, Kluang, Johor.

mpv polis kemalangan

Kemalangan pada jam 3:35 petang semalam itu mengakibatkan Lau Lee Sin, 25, dari Taman Kampung Majid cedera, manakala Perodua Axia dipandunya terbalik.



Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng, anggota polis yang memandu MPV polis, Lans koperal Muhammad Noorfadzlee Mohd Fozei, 33, dan seorang lagi anggota, Koperal Mohd Azharuddin Md Rodzi, 35, bagaimanapun tidak cedera.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta polis berkenaan dari arah Kluang menghala Kota Tinggi untuk ke hospital Kluang, manakala kereta wanita itu dari arah bertentangan,” kata Hang Seng.

“Apabila sampai di tempat kejadian, MPV polis itu berlanggar dengan kereta wanita itu semasa membelok ke kanan masuk simpang untuk ke Taman Kampung Majid,” tambahnya.

Akibat kemalangan itu, katanya, wanita tersebut cedera dan menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK).

Beliau berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here