63 calon SPM raikan ‘kemerdekaan’ disaman

759

Seramai 63 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disaman ketika sedang seronok membuat aksi samseng bermotosikal sebagai meraikan ‘kemerdekaan’ selepas selesai menduduki kertas terakhir peperiksaan petang semalam.

Kesemua remaja berusia 18 tahun terbabit disaman ketika sedang ‘berpesta’ di Jalan Pantai Puteri dan Dataran Klebang, Melaka.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya, sejumlah 92 saman telah dikeluarkan dalam Op Khas (pengubahsuaian ekzos dan pemantauan calon SPM) yang dilakukan kira-kira pukul 3 petang itu.

“Kejadian yang sama pernah berlaku sebelum ini melibatkan calon SPM 2019 dan aksi semsang jalanan mereka kononnya menyambut ‘kebebasan’ itu turut tular di media sosial.

“Jadi, pada tahun ini pasukan kami telah bersiap sedia dan hasil pemantauan di lokasi sasaran berjaya mengesan kumpulan calon SPM ini dengan seramai 63 telah disaman atas pelbagai kesalahan di bawah Pol 257,” kata Hasan.

Ujarnya, pihaknya juga telah menyita 14 buah motosikal pelbagai jenis dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan lanjut.

calon spm

Jelas Hasan, kesalahan dilakukan oleh kesemua calon SPM ditahan adalah tidak pamer lesen P dan L, iaitu sebanyak 21 kes, diikuti aksesori tidak sempurna (17) dan ubah suai ekzos (enam).

“Kita turut mengeluarkan lima saman masing-masing bagi kesalahan ubah suai struktur atau peralatan, tidak memakai topi keledar, dan tiada nombor pendaftaran.

“Manakala tiga saman dikeluarkan bagi setiap kesalahan tiada lesen, nombor plat tidak ikut pendaftaran, tiada perlindungan insuran, brek tidak berfungsi, nombor fancy, tiada cermin sisi dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh,” tambahnya.

Hasan berkata, dalam operasi tersebut, sebanyak tiga saman turut diberikan terhadap penunggang berusia 16 tahun ke bawah dan enam saman kepada penunggang 17 tahun ke bawah, selain satu atas kesalahan benarkan penunggang tanpa lesen. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here