Sultan Ibrahim kurnia Proton X70 kepada tiga doktor sebagai tanda penghargaan

1257

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Proton X70 kepada tiga doktor sebagai menghargai perkhidmatan dalam pasukan perubatan baginda.

Sultan Ibrahim Proton X70

Salah seorang daripada penerima kurniaan Sultan Ibrahim itu ialah Dr. Jaidon Romli daripada Pejabat Kesihatan Johor Bahru yang sedang berkhidmat di Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru.



Dr. Jaidon yang bertugas di dalam pasukan perubatan Sultan Johor sejak 2010 menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kurniaan kereta tersebut.

Sultan Ibrahim Proton X70

“Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan kereta ini. Patik mendoakan semoga Baginda Tuanku Sultan serta Kerabat diraja sentiasa sihat sejahtera” katanya.

Turut menerima Proton X70 dari Sultan Ibrahim ialah Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Am, Dr. Azizan Sharif dan Pegawai Perubatan Jabatan Ortopedik, Dr. Hishamudin Salam yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Kesemua SUV tersebut disampaikan oleh wakil baginda Datuk Perdana Dalam, Kolonel Datuk Mohamed Perang Musa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here