Ramai pemandu bas pekerja tiada lesen – JPJ Pulau Pinang

1763

Pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Bas Pekerja di Jalan Paya Terubong, Georgetown mendapati kebanyakan pemandu yang diperiksa tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

pemandu bas pekerja

Menurut pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa, berkata keadaan itu bermakna jika berlaku kemalangan, pekerja yang menaiki bas terbabit tidak dilindungi insurans.



Adenan berkata, pihaknya turut mengesan sebanyak 111 kesalahan teknikal berkait tayar, cermin gelap, ubah suai kenderaan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

pemandu bas pekerja

“Kita menerima aduan pengguna jalan raya mengenai sikap pemandu bas pekerja yang sering membuat kesalahan lalu lintas,” kata Adenan.

“Tujuan operasi ini juga ialah kita mahu membudayakan pemanduan berhemah bagi mengurangkan kemalangan membabitkan bas pekerja,” tambahnya.

Dalam operasi itu dari jam 9 pagi hingga 7 malam semalam, JPJ mengeluarkan 250 notis dan 142 saman atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sebanyak 311 bas pekerja diperiksa dalam operasi itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here