Video: Zizan Razak bagi petunjuk, Yamaha 155 VVA bakal tiba?

2810

Yamaha Exciter 155 (Y-Suku) telah dilancar di Vietnam hujung tahun lepas, tetapi adakah ia bakal tiba di Malaysia juga tidak lama lagi?

Ini berdasarkan satu video teaser atau acah oleh Yamaha Motor Malaysia melalui laman Facebook mereka dimana Zizan Razak tampil membuat pengumuman ringkas.

Selebriti pengacara dan pelawak terkenal itu berkata, “Nak saksikan saya, Zizan Razak melancarkan motosikal Yamaha 155cc dengan VVA? Jangan lupa 18 Mac ini, hari Khamis malam Jumaat pukul 7 malam, dekat Facebook Yamaha Motor Malaysia.”



“Lambat, tinggal,” katanya mengakhiri video berdurasi 16 saat itu.

Jadi, sudah cukup jelas tuan-tuan dan puan-puan.

Kami sangat yakin Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan membawakan Y-Suku yang lebih berkuasa itu untuk pasaran kita.

Di Vietnam, Yamaha Exciter 155 dikuasakan oleh enjin 155cc yang mampu menghasilkan 17.7hp pada 9,500rpm dan 14.4Nm tork pada 8,000rpm.

Enjin ini digabungkan dengan transmisi 6-kelajuan dan sistem klac A&S (assist & slipper) yang akan membantu meningkatkan cengkaman klac.

Dari segi penampilan, ia mendapat dengan reka bentuk lampu yang baharu, DRL LED, lampu belok di bahagian sisi dan lampu belakang yang menyerupai Yamaha YZF-R1.

Selain sistem kunci pintar, paparan LCD baharu pula memberikan semua maklumat seperti kelajuan, kedudukan gear, odometer dan kapasiti tangki bahan api.

Harga jualan bermula 46.99 juta Dong (RM8,239) sehingga 50.49 juta Dong (RM8,853). 

Yamaha Y15ZR di Malaysia berharga kira-kira RM8,168, sudah pasti 155 VVA lebih mahal. Tapi ada kemungkinan kita dapat dengan harga bawah RM9,000?

Sama-sama kita nantikan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here