Queen of the Nurburgring, Sabine Schmitz meninggal dunia

1005

Berita sedih dalam dunia sukan permotoran hari ini apabila Sabine Schmitz dilaporkan meninggal dunia pada umur 51 tahun.

Pelumba dan pengacara dengan nama timangan Queen of the Nurburgring itu pada 2017 mendedahkan bahawa dia menghidap sejenis kanser yang jarang ditemui.



Wakil litar Jerman itu menyiarkan satu kenyataan khas kepada Sabine. “Nurburgring telah kehilangan pelumba wanitanya yang paling popular.

“Sabine meninggal dunia terlalu awal selepas lama sakit. Kami akan merinduinya dan sikap periangnya. Bersemadilah dengan aman, Sabine!” kata kenyataan itu.

Rakan pengacaranya, Chris Harris berkata, “Bersemadi dengan amanlah kamu, seorang yang mengagumkan, kuat dan kelakar.”

Sabine mula menyertai Jeremy Clarkson dalam siri Top Gear pada 2004, memandu Jaguar S-Type diesel dengan memecahkan rekod catatan masa di Nordschleife kurang 10 minit.

Dia juga memandu van Ford Transit di litar sama sebelum menjadi hos Top Gear secara rasmi apabila program saluran BBC itu dirombak pada 2016.

Clarkson juga berkata, “Berita menyedihkan mengenai Sabine Schmitz. Seorang yang ceria dan selalu bertenaga.”

Seorang lagi bekas pengacara Top Gear, Richard Hammod pula berkata: “Sangat sedih mendengar pemergian Sabine Schmitz, seorang pemandu betul-betul lagenda yang akan dirindui oleh ramai orang.

“Litar Ring telah kehilangan Ratunya. RIP,” tambah Hammond.

Sabine seorang yang sangat sukakan litar Nurbirgring dan mengetahui selok-belok Green Hell itu lebih dari segala-galanya. Dia telah memandu dan berlumba di situ berpuluh ribu pusingan dari banyak perlumbaan.

Dia pernah memenangi Nurburgring 24 Hours dua kali, dimana kemenangannya kali pertama pada 1996 merupakan pelumba wanita pertama dengan pencapaian itu.

Selamat tinggal, Sabine Schmitz.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here