5 supercar dengan catatan masa Nurburgring kurang 7 minit

1861

Nama litar Nurburgring di Jerman sudah biasa dengan telinga peminat kereta. Litar ini, yang juga dipanggil The Green Hell ataupun Neraka Hijau, terkenal dengan seberapa ekstremnya litar itu.

litar 'Green Hell' Nurburgring

Litar Nurburgring mempunyai reka bentuk yang mencabar. Jalan sempit dengan permukaan yang sedikit beralun. Itulah sebabnya ia digelar green hell oleh pelumba legenda Formula 1, Jackie Stewart.



Tetapi Nurburgring telah beberapa kali mendapat perubahan, dan hanya Nordschleife yang masih merupakan trek asal. Walau bagaimanapun, litar sepanjang 20.81 kilometer masih menjadi litar yang mencabar di dunia.

Bukan sahaja kereta lumba diuji di litar. Tetapi kereta yang digunakan di jalanraya biasa juga telah diuji di Nurburgring.

litar 'Green Hell' Nurburgring

Beberapa supercar yang terkenal telah diuji di Nurburgring dan menghasilkan rekod masa yang mengagumkan. Menurut sumber, terdapat lima supercar yang mengharungi litar ini dengan catatan masa kurang daripada 7 minit. Salah satunya ialah supercar elektrik.

1. Porsche 918 Spyder

litar 'Green Hell' Nurburgring

Diperkenalkan pada Frankfurt Motor Show 2013, Porsche 918 Spyder mencatatkan masa 6 minit 57 saat. Pada masa itu 918 Spyder dipandu oleh Marc Lieb pada September 2013.

Terdapat hanya 918 unit supercar plug-in hibrid yang dihasilkan. 918 Spyder dilengkapi dengan enjin 4.6L V8 naturally aspirated yang juga digunakan oleh 918 Spyder versi perlumbaan. 

Jumlah kuasa yang dijana oleh jentera ini mencapai 886hp yang diagihkan kepada semua roda melalui transmisi 7-kelajuan double-clutch. Hypercar ini berupaya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 2.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 350km/j.

2. Lamborghii Huracan Performante

litar 'Green Hell' Nurburgring

Lamborghini Huracan Performante adalah pengeluaran pertama Lamborghini untuk memecahkan rekod di bawah 7 minit, iaitu 6 minit 52.01 saat. Berbanding dengan Huracan standard, Performante adalah 40 kilogram lebih ringan, 30hp lebih kuat dan mempunyai 750 peratus lebih downforce disebabkan oleh sistem Aerodinamica Lamborghini Attiva (ALA).

Sistem ALA bukan sahaja menjadikannya lebih ringan daripada sistem berkuasa hidraulik, tetapi juga menjadikan prestasinya lebih cepat. Prestasi itu sendiri dilengkapi dengan enjin 5.2L V10 dengan kuasa 640hp dan 600Nm tork. Kuasa diedarkan kepada semua roda dengan gearbox berkembar.

Sistem ALA menjadikan prestasi jentera ini berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.9 saat dan mempunyai kelajuan lebih daripada325 km/j.

3. Porsche 911 GT2 RS

litar 'Green Hell' Nurburgring

Diperkenalkan semasa Festival Goodwood 2017, Porsche 911 GT2 RS dilengkapi dengan enjin 3.8-liter twin-turbo VTG. Enjin ini berupaya menghasilkan 700hp dan 750Nm tork yang berupaya memecut dalam masa 2.8 saat. Kelajuan tertinggi Porsche 911 GT2 RS mencapai 340km/j.

Angka-angka tersebut menjadikannya terpantas dalam sejarah. Dipandu oleh Lars Kern dan Nick Tandy, Porsche 911 GT2 RS hanya mengambil masa 6 minit 47.3 saat untuk menguasai litar litar ‘Green Hell’ Nurburgring sepanjang 20.6 kilometer itu pada September 2017.

4. NIO EP9

litar 'Green Hell' Nurburgring

NIO EP9 adalah satu-satunya supercar elektrik dalam senarai ini. Dibuat oleh pengilang dari China, supercar ini dibangunkan di England oleh road division team Formula E NIO.

NIO EP9 menggunakan motor elektrik dan transmisi satu-kelajuan untuk setiap roda dengan sistem pemacu AWD. Setiap motor menghasilkan lebih daripada 250kW kuasa dan jumlah kuasa 1MW atau bersamaan dengan 1,341hp.

Supercar elektrik ini merekodkan masa 6 minit 45.9 saat untuk menguasai Nurburgring. Malangnya, kerana hanya satu unit yang dihasilkan, supercar ini tidak layak untuk model pengeluaran.

5. Lamborghini Aventador LP770-4 SVJ

litar 'Green Hell' Nurburgring

Supercar yang paling berkuasa di Nordschleife ialah Lamborghini Aventador LP770-4 SVJ. Tidak hairanlah kerana supercar yang dilancarkan di Pebble Beach Concours d’Elegance ini hanya mengambil masa 6 minit 44.97 saat yang dipandu oleh Marco Mapelli.

Aventador LP770-4 SVJ menggunakan enjin 6.5L V12 naturally-aspirated yang menghasilkan tenaga 770hp dan 720Nm tork. Penggunaan gentian karbon dan ekzos titanium menjadikannya 50 kilogram lebih ringan daripada Aventador biasa.

Jentera ini berupaya memecut dari 0-100km/j  dalam masa 2.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 350km/j. Seperti Performante, AVJ juga menggunakan sistem ALA.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here