Sejarah logo Toyota yang jarang diketahui

3838

Ketika bercakap tentang kereta dari Jepun, Toyota sememangnya sebuah gergasi automotif yang tersohor. Tida hairanlah di Malaysia pun, Toyota cukup dikenali sejak dulu lagi.

Logo Toyota yang berbentuk bujur juga sangat terkenal di seluruh dunia. Namun tahukah anda, logo ini mempunyai sejarah yang panjang dan mempunyai idea menarik yang boleh menjadi inspirasi kepada ramai orang.



Logo berbentuk bujur Toyota mula diperkenalkan pada bulan Oktober 1989, untuk memperingati ulang tahun ke-50 syarikat itu. Pengembangan logo terkini ini mengambil masa kira-kira lima tahun sebelum diterbitkan, di mana logo itu diperoleh melalui sebuah pertandingan.

Pertandingan reka bentuk logo Toyota ini telah diadakan sejak tahun 1936, dan menerima lebih daripada 27 ribu logo yang dipertandingkan sehingga logo semasa dipilih.

Pada logo baru, Toyota melihat bahawa terdapat dua faktor yang dipercayai membawa masa depan yang cerah. Pertama adalah visual yang kuat supaya mudah difahami orang ramai bahawa logo ini milik Toyota.

Kedua, ia adalah bentuk bujur yang menyerupai dunia sebagai tanda bahawa Toyota bersedia menjadi pasaran automotif antarabangsa. Jika anda perhatikan, terdapat tiga bentuk bujur pada logo Toyota yang digabungkan dalam susunan simetri mendatar.

Kedua-dua bentuk bujur yang berada di dalam bentuk bujur yang besar mewakili hati pelanggan dan hati syarikat itu. Kedua-dua bentuk bujur bertindih sebagai satu hubungan yang saling menguntungkan dan kepercayaan antara syarikat dan pelanggan.

Huruf T

Selain itu, anda dapat melihat huruf T di dua bentuk bujur di dalam bentuk bujur yang besar yang merupakan simbol untuk Toyota. Sementar bentuk bujur luaran atau yang terbesar melambangkan dunia yang merangkumi Toyota di dalamnya.

Setiap bentuk bujur mempunyai ketebalan yang berbeza dan serupa dengan seni berus yang dikenali dalam budaya tulisan Jepun.

Seni berus ini merupakan salah satu kebudayaan Jepun yang telah dipelihara sehingga kini, iaitu menulis huruf kanji pada kanvas dengan pilihan berus dan dakwat.

Apabila menulis dengan berus ini, setiap huruf pada umumnya mempunyai tahap ketebalan yang berbeza yang kemudiannya dianggap sebagai teknik penulisan khas Jepun.

Ruang kosong di latar belakang logo menunjukkan nilai yang tidak terhad dan akan disampaikan kepada pelanggan.

Maksud nilai yang tidak terhad adalah kualiti yang sudah terbukti, produk yang berniali dan melebihi jangkaan semua orang, rasa pemanduan yang menyenangkan, inovasi berterusan, dan integriti dalam keselamatan, persekitaran dan tanggungjawab sosial.

Toyota Celsior

Pengenalan pertama logo Toyota digunakan pada Toyota Celsior, yang dilancarkan pada Oktober 1989. Selepas itu, semakin banyak model kereta baru menampilkan logo Toyota ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here