Badan kawal selia industri p-hailing jaga kebajikan penghantar makanan

1078

Badan kawal selia industri p-hailing akan dapat menjaga kebajikan dan keselamatan penghantar makanan dalam waktu bekerja.

Menurut Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, Kementerian Pengangkutan wajar mengambil inisiatif mengadakan perjumpaan dengan syarikat p-hailing untuk membincangkan masalah berkaitan.



“Apabila ada pihak yang dapat mengawal selia perkhidmatan p-hailing, saya yakin isu-isu yang timbul ketika ini pasti akan dapat diselesaikan,” katanya.

Lam Thye berkata, antara aduan daripada penghantar makanan ialah kadar bayaran kurang memuaskan.

badan kawal selia p-hailing

Selain itu, katanya, penghantar makanan juga terpaksa mengabaikan keselamatan sehingga melanggar lampu isyarat kerana perlu menghantar makanan dengan seberapa segera, bagi mengelak daripada mendapat rating rendah daripada pelanggan, sekali gus menjejaskan upah diterima.

“Ini antara isu yang dihadapi oleh penghantar makanan yang tidak sepatutnya berlaku, terutama membabitkan aspek keselamatan,” lanjutnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here