Pemandu di Kentucky, AS tidak tahu cara gunakan bulatan!

1383

Terdapat satu bulatan baharu yang dihasilkan di Kentucky, Amerika Syarikat, namun tidak ada sesiapa yang mengajar penduduk di kawasan tersebut cara menggunakannya dengan betul.

gambar hiasan

Bulatan mungkin suatu perkara biasa di seluruh dunia, namun di Amerika, kemudahan ini merupakan sesuatu yang baharu.

Bulatan tersebut difahamkan baru sahaja dibuka di bandar tersebut bagi meningkatkan keselamatan dan aliran lalu lintas.



Berdasarkan video yang dikongsi di Reddit oleh u/EVOsexybeast, pemandu di Kentucky dilihat agak kekok menggunakan kemudahan ini, dimana mereka tidak memandu mengikut haluan yang telah ditetapkan.

bulatan kentucky
Bulatan yang terletak di Rowan County, Kentucky

Berdasarkan kajian oleh Kittelson & Associates, terdapat sekitar 7,100 bulatan di Amerika Syarikat dan jumlah ini tidaklah dikira sebagai banyak. Dan kesemuanya jauh dari Kentucky.

Menurut liputan dari CBS WYMT, bulatan yang terletak di Rowan County, Kentucky itu digunakan untuk menggantikan persimpangan empat arah yang digunakan sekitar 4,000 kereta sehari.

Persimpangan khas ini mempunyai sejarah kemalangan yang dahsyat dan dewan bandar raya berpendapat bahawa bulatan akan menjadi jalan keluar yang baik untuk memastikan lalu lintas terus mengalir dan mengurangkan kes kemalangan.

Tujuan tersebut sudah pasti mampu dicapai, tetapi secara amnya, pemandu di kawasan tersebut perlu mengetahui cara menggunakan bulatan dengan betul.

Perkhidmatan GPS seperti Google Maps, Apple Maps dan Waze dapat membantu pemandu menggunakan lorong yang betul ketika berada di bulatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here