Enam unit kapal pemintas FIC bernilai RM80 juta jadi aset terbaharu TLDM

1225

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima enam kapal pemintas pantas atau Fast Interceptor Craft (FIC) bernilai RM80 juta yang akan digunakan segera dan ditempatkan di pangkalan utama TLDM di seluruh negara.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kapal pemintas baharu itu akan digunakan untuk penugasan operasi bagi memperkukuh tahap kawalan di perairan negara terutama Op Benteng.

“Penempatan aset ini akan ditentukan kemudian di (pangkalan TLDM) seluruh negara termasuk Sabah,” katanya.

kapal TLDM

Kapal tempur yang dibina sepenuhnya Gading Marine Industry (M) Sdn Bhd (GMI) di limbungan GMI di Lumut Port Industrial Park, Perak dalam tempoh lima bulan itu diserahkan kepada TLDM pada 19 Mac lalu.

Bot tempur FIC yang dilengkapi dua jentera utama dengan sistem dorongan water jet, mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 50 knot dan dikendalikan lima kru serta mampu membawa hingga lapan anggota Quick Reaction Force (QRF) pada satu-satu masa.

kapal TLDM

FIC yang akan diletakkan dalam Skuadron Fast Combat Boat (FCB) berupaya mempertingkatkan keupayaan pengawasan dan pintasan di perairan cetek dan berpulau.

Lanjut Ismail Sabri, pihaknya akan menambah lagi 13 kapal jenis sama untuk mengukuhkan lagi kawalan perairan negara.

“Penerimaan enam kapal berkenaan adalah peringkat pertama dan kita bercadang untuk menambah lagi 13 kapal sama bernilai lebih RM120 juta,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here