Proton EV – Tunggu masa sesuai di Malaysia

2185

Proton sedang menjalankan kajian penyesuaian untuk kenderaan elektrik (EV) yang sesuai untuk pasaran Malaysia dan menanti masa sesuai segmen itu di negara ini.

Prototaip Proton Iriz EV. Foto: Automachi

CEO Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata, “Proton boleh melancarkan teknologi EV, tetapi faktor lain diambil kira seperti harga, kemampuan pengguna, selepas jualan, pengalaman pelanggan dan piawaian.”

“Kita boleh bawakan teknologi itu, tetapi persoalannya apa akan berlaku kepada selepas-jualan (khidmat) dalam lima tahun akan datang? Kita bukan hanya mahu menjual produk, tetapi pengalaman pemilikan EV juga.



“Kita perlu mencari produk yang betul pada masa yang betul,” kata Roslan dalam satu temuramah dengan The Malaysian Reserve.

Prototaip Proton Iriz EV. Foto: Zigwheels

Dia berkata bahawa syarikat akan memfokus dalam menilai produk EV pada masa ini sebelum memikirkan model perniagaan dan bagaimana pengeluar itu dapat memberi manfaat kepada pengguna dan pemegang saham.

Malaysia dikatakan ketinggalan dalam ‘perlumbaan’ EV dalam rantau Asia Tenggara, di belakang Thailand, Indonesia dan Singapura.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) berkata menetapkan rangkaian pengecasan awam ialah langkah pertama yang sesuai, tetapi ia tetap menjadi cabaran di Malaysia.

Setakat Mac 2021, Malaysia mempunyai 421 tempat pengecasan dan mensasarkan untuk meningkatkannya kepada 125,000 menjelang 2030.

Prototaip Proton EMAS.

Pengarah Bersekutu Maybank IB, Liaw Thong Jung berkata Rangka Kerja Mobiliti Rendah Karbon Malaysia 2021-2030 mempunyai banyak perkara positif, tetapi polisi EV lebih cenderung terhadap plug-in hybrid (PHEV) dan bukannya EV bateri.

Katanya, ia berlawanan dengan aktiviti meningkatkan infrastruktur EV seluruh negara dan pelan nyah-karbon.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here