Wanita bertengkar berebut petak parkir, tanda guna tuala wanita dan najis

1445

Akibat berebut petak parkir kenderaan, dua orang wanita di Bangkok bertengkar dan salah seorang sanggup menanda petak parkir kenderaan itu dengan ampaian kain yang digantung najis dan tuala wanita yang dipenuhi darah haid.

gambar hiasan

Seorang pemilik kedai yang hanya dikenali sebagai Lek berang apabila petak parkir kenderaannya diambil oleh Noi. Lek bertindak menyangkut tuala wanita yang sudah digunakan bagi melarang Noi daripada meletakkan kenderaannya di situ.

Lek juga sebelum ini telah membaling najis pada kereta Noi kerana wanita itu mengalihkan ampaiannya untuk meletakkan kenderaan.



Sebelum dua insiden itu, Lek turut dilaporkan pernah menghentam Honda Jazz milik Noi menggunakan penghadang tempat meletak kenderaan ekoran isu yang sama.

berebut petak parkir

Ketua polis daerah Rat Burana, Patsaphong Boodthai berkata kedua-dua wanita itu tinggal di bangunan yang sama di Kheha Suksawat dan sudah lama bertengkar akibat berebut petak parkir kenderaan.

Noi yang berang dengan tindakan Lek turut membalas tindakan wanita itu dengan membaling pasu bunga di kedai runcit milik Lek.

Kedua-dua mereka memfailkan aduan kerosakan harta benda dan enggan bercakap antara satu sama lain.

Polis berkata, Lek dan Noi akan dipanggil untuk rundingan atas kerosakan harta benda yang dibuat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here