JPJ Pahang raih RM1.2 juta dari lelongan awam kenderaan sita

1874

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang berjaya mengutip hasil lelongan bernilai RM1,234,870 daripada 79 orang pembida dalam Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Pahang Siri 1/2021 di Kuantan, semalam.

Sebanyak 100 buah kenderaan berjaya dilelong dalam lelongan yang turut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Ibu Pejabat JPJ Malaysia, Tuan Khairul Anwar Bachok serta Pengarah JPJ Negeri Pahang, Tuan Kamarul Iskandar Nordin.



Lelongan itu menawarkan sebanyak 100 buah kenderaan yang terdiri daripada 11 buah motosikal, 57 motokar dan 2 buah lori. Turut dilelong 27 buah kenderaan pelbagai guna dan utiliti (MPV/MUV) serta 3 buah van.

jpj pahang

Daripada jumlah berkenaan, 82 daripadanya merupakan kenderaan klon, manakala 15 berstatus Tidak Boleh Dilesenkan dan 3 kenderaan bukan klon.

Harga permulaan minima yang ditawarkan pada lelongan kali ini ialah RM50 manakala harga permulaan maksimum yang dibuka ialah sebuah Honda Odyssey bernilai RM12,200.

jpj pahang

Bidaan tertinggi yang dicatatkan ialah sebuah Subaru Impreza dengan nilai bidaan sebanyak RM47,800 dan nilai bidaan terendah bernilai RM50 masing-masing untuk sebuah motosikal Honda C100 dan Modenas Kriss.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here