Harga tempat parkir kereta bernilai RM1.2 juta di Britain

1123

Sebuah tempat parkir dijual pada harga £210,000 (RM1.2 juta) sekali gus antara paling mahal di Britain manakala kos tersebut hampir me­nyamai harga sebuah kediaman empat bilik di bandar Sheffield, England .

tempat parkir

Tempat letak kereta tersebut difahamkan terletak di Hyde Park Gardens, pusat bandar raya London. Harganya hampir menyamai harga purata sebuah rumah di Britain iaitu sekitar £239,000 (RM1.3 juta).



Tempat letak kenderaan itu datang bersama pajakan selama 85 tahun yang akan berakhir pada tahun 2104.

Pada harga tersebut, penduduk Britain boleh membeli sebuah rumah berkembar dilengkapi tiga bilik tidur di Harrogate, Yorkshire Utara atau memiliki rumah teres di Yorkshire Dales.

Biarpun harga petak parkir di Hyde Park Gardens itu dianggap mahal, ia sebenarnya murah jika dibandingkan dengan harga tempat letak kereta paling mahal di Britain.

Pada Januari lalu, sebuah petak parkir bawah tanah di Knightsbridge dijual pada harga £350,000 (RM1.99 juta).

Ruangan sepanjang 6 meter itu dilengkapi pembantu garaj harian dan kamera litar tertutup (CCTV) dan terletak hampir dengan gedung beli-belah berprestij, Harrods.

Dengan perjanjian pajakan selama 25 tahun pada kadar 3.92 peratus, pembelinya akan membayar ansuran bulanan seba­nyak £1,649 (RM9,394) jika membuat bayaran deposit sebanyak £35,000 (RM199,398).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here