Kenderaan autonomi akan dibenarkan di Britain akhir tahun ini

1050

Kenderaan pandu sendiri atau autonomi akan berada di jalan raya di Britain menjelang akhir tahun ini dan pemandu dibenarkan untuk ‘tidak memegang stereng’ ketika memandu.

autonomi britain

Menurut Jabatan Pengangkutan (DfT), pihaknya membenarkan pemanduan bebas tangan untuk kenderaan yang dilengkapi teknologi pengekalan lorong yang hanya boleh digunakan ketika trafik perlahan.



Teknologi Sistem Pengekalan Lorong Automatik (ALKS) yang digunakan di peringkat antarabangsa untuk pembangunan kenderaan autonomi, mengehadkan kelajuan kenderaan kepada 60km/j.

DfT berkata, kebenaran berkenaan akan menyuraikan kesesakan, mengurangkan pembebasan karbon selain mengelakkan kesilapan manusia.

Melalui sistem ini, pemandu akan memberikan kawalan kepada kereta mereka yang kemudiannya secara automatik akan memantau kelajuan kenderaan serta memastikan jarak selamat dengan kenderaan lain.

Teknologi itu dikatakan dapat meningkatkan keselamatan jalan raya dengan mengurangkan kesilapan manusia yang menyumbang kepada lebih 85 peratus kemalangan, kata DfT.

Kerajaan United Kingdom menjangka teknologi kenderaan autonomi mampu menawarkan 38,000 pekerjaan menjelang 2035 dalam industri yang bernilai bilion pound.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here