Recall pam bahan api: Tambahan 77,708 unit kenderaan Honda di Malaysia terlibat

1787

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula melibatkan 77,708 unit kenderaan untuk penggantian pam bahan api untuk langkah keselamatan.

Model-model terlibat dan perinciannya adalah seperti berikut:

  • Accord 2018 – 512 unit
  • Accord 2019 – 780 unit
  • BR-V 2018 – 7,112 unit
  • BR-V 2020 – 6 unit
  • City 2019 – 30,388 unit
  • City (HEV) 2019 – 390 unit
  • Civic 2018 – 6,240 unit
  • Civic 2019 – 2,776 unit
  • CR-V 2019 – 9,843 unit
  • CR-V 2020 – 1,381 unit
  • HR-V 2018 – 7,679 unit
  • HR-V (HEV) 2018 – 62 unit
  • Jazz 2019 – 5,791 unit
  • Jazz 2020 – 4,626
  • Jazz (HEV) 2019 – 92 unit
  • Jazz (HEV) 2020 – 30 unit

Honda memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku kepada pengguna terlibat dan mereka menjamin bahawa kenderaan yang dijual pada masa ini tidak terlibat dengan recall itu.



Honda Malaysia sentiasa memastikan keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan. Panggilan semula ini adalah penting untuk mengelak sebarang masalah seperti kesukaran menghidupkan enjin, kehilangan kuasa enjin atau stalling.

Semua pelanggan terlibat akan dimaklumkan melalui surat yang menyatakan maklumat terperinci. Selain itu, Honda Malaysia juga menggalakkan pelanggan terlibat supaya menghubungi mana-mana pengedar sah untuk membuat temujanji.

Segala penggantian pam bahan api adalah bebas dari sebarang kos dan akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Setakat ini juga, tiada sebarang insiden dilaporkan di Malaysia berhubung isu ini.

Pemilik bolehlah menyemak status kenderaan mereka mengenai recall ini di aplikasi HondaTouch atau terus menghubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.  

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here