Honda panggil semula Accord 1999 dan CR-V 2000 untuk ganti inflator beg udara Takata

1317

Honda Malaysia hari ini mengumumkan recall atau panggilan semula melibatkan 2,784 unit kenderaan berusia lebih 20 tahun.

Honda Accord 1999

Model-model terlibat adalah Accord tahun 1999 dan CR-V tahun 2000, masing-masing dengan 1,380 dan 1,404 unit.

Recall ini berkenaan penggantian inflator beg udara pemandu Takata, sejajar dengan inisiatif global Non-Azide Driver Airbag Inflator (NADI) syarikat itu.



Honda CR-V 2000

Honda Malaysia juga mengingatkan bahawa model yang sedang dijual pada masa ini tidak terlibat dengan recall ini, dan mereka akan terus menjalankan kawalan ketat dan telus untuk pelanggan.

Menurut syarikat itu, recall ini adalah perlu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan inflator Takata dalam beg udara pemandu mempunyai sebarang tekanan dalaman seterusnya memberikan isu kemudian.

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada sebagai insiden atau kecederaan disebabkan inflator beg udara Takata itu di Malasia untuk kedua-dua model tersebut.

Seperti biasa, pelanggan yang terlibat akan diberitahu dan dihubungi melalui surat, dan mereka boleh terus membuat temujanji di mana-mana cawangan sah Honda.

Berkenaan situasi PKPB pula, jangan risau kerana Honda Malaysia sentiasa mengambil langkah diperlukan untuk sentiasa mematuhi SOP dan menjaga keselamatan serta kesihatan semua pihak.

Semua kos penggantian komponen inflator juga akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my/productrecall.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here