Penukaran segera beg udara Takata untuk pengguna Honda

1741

Honda Malaysia ingin memastikan semua pengguna Honda menggantikan beg udara Takata secepat mungkin. Ini adalah untuk memastikan keselamatan pengguna dan mereka akan terus beri penekanan tentang kepentingan menggantikan beg udara itu.

Syarikat berkenaan juga akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyebarkan kepentingan menukar beg udara Takata yang terjejas.

Pada 20 September 2018, Honda Malaysia sudah pun berjaya menggantikan sebanyak lebih daripada 236,800 unit beg udara Takata.



Masih terdapat pengguna yang tidak menggantikan beg udara mereka dan mereka perlu lakukan itu dengan segera. Ini kerana beg udara yang tidak diganti berkemungkinan akan pecah dan menyebabkan kecederaan atau kematian penumpang.

Honda Malaysia turut memaklumkan penggantian beg udara ituadalah percuma dan sebarang caj yang berkaitan dengan proses penukaran akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

Pemilik kenderaan Honda boleh memeriksa status keadaan kenderaan dengan menghubungi mana-mana talian tertera:

  1. Honda website : www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my
  2. Menelefon talian bebas tol Honda 1-800-88-2020
  3. Pergi ke cawangan sah Honda untuk pemeriksaan

Disini kami juga lampirkan senarai kereta yang memerlukan penukaran dan juga lokasi Hub Honda dan Petronas yang menyediakan perhidmatan penukaran beg udara Takata berserta masa operasi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here