Phua Chu Kang didenda RM2.4k, larangan memandu selama tiga bulan

1488

Selebriti Singapura yang terkenal dengan watak komedi Phua Chu Kang, Gurmit Singh dilarang memandu selama tiga bulan selepas didapati bersalah memandu melebihi had laju.

Phua Chu Kang

Selain itu, pelakon dan pengacara itu juga dikenakan denda sebanyak S$800 (RM2,491), dan dia mengaku bersalah di bawah kesalahan Akta Lalu Lintas kerana memandu kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan.



Menurut pihak mahkamah, Gurmit, 56 tahun, melakukan kesalahan itu kerana memandu pada kelajuan 131km/j, melebihi had yang ditetapkan iaitu 70km/j.

Gurmit atau nama sebenarnya Gurmit Singh Virk Chainchal Singh, yang tidak diwakili peguam tiba di mahkamah dengan memakai kemeja lengan panjang berwarna kelabu.

Ketika perbicaraan, pihak pendakwa meminta mahkamah mengenakan hukuman larangan memandu dan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan, memandangkan pelakon itu tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan sebelum ini.

Sementara itu, aktor Singapura itu memberitahu mahkamah bahawa ketika kejadian, dia dalam perjalanan mengambil anaknya dari tempat kerja sebelum terdengar bunyi aneh pada keretanya.

“Selepas saya mengambil anak saya, saya mahu dia mendengar bunyi yang sama. Kemudian saya sedar ia kedengaran pada kelajuan 100km/j,” kata Gurmit.

“Sudah tentu saya tidak mengatakan saya harus memandu pada kelajuan itu di jalan raya, tetapi ia hanya pada jarak yang dekat. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh melebihi kelajuan 131km/j, saya berharap saya sedar.

“Tetapi saya berharap mahkamah memahami bahawa saya bukan seorang pemandu yang cuai atau melakukan perkara ini setiap hari,” tambahnya.

Hakim Salina Ishak kemudian memberitahu tindakan Gurmit boleh menyebabkan nyawa dia dan anaknya dalam bahaya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here