Stesen minyak beroperasi lebih masa dikompaun RM10,000

791

Sebuah stesen minyak di Gua Musang, Kelantan yang beroperasi melebihi had masa perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 pada Isnin lalu.

Stesen minyak yang di Kampung Tanah Putih itu dikesan masih beroperasi meskipun sudah pukul 12:05 tengah malam, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Gua Musang, Mohd. Koma Shapii.



Lanjut Mohd. Koma Shapii, kesalahan itu disedari oleh tiga anggota penguatkuasa KPDNHEP ketika melakukan rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar bandar ini.

“Hasil pemerhatian yang dilakukan terdapat beberapa buah kenderaan masih mengisi minyak di stesen berkenaan.

stesen minyak kompaun

“Tindakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) telah dikeluarkan terhadap pemilik stesen minyak berkenaan,” katanya.

Mohd. Koma, turut mentakan kompaun itu dikeluarkan selepas premis berkenaan beroperasi melebihi waktu dibenarkan bagi perniagaan stesen minyak bukan bertol yang bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 8 malam sahaja.

Tambahnya, KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan kesalahan yang dilakukan dan pelaksanaan penguatkuasaan pematuhan SOP akan terus dijalankan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here