Toyota Supra Paul Walker dari filem Fast And Furious dijual pada harga RM2.2 juta

1286

Sebelum ini, kami ada menyatakan tentang sebuah Toyota Supra 1994 dari filem Fast And Furious yang sedia untuk dijual di lelongan Barrett-Jackson lengkap dengan sijil bukti keasliannya.

supra

Kini, jentera itu mencipta rekod baharu sebagai Supra paling mahal, kerana ianya berjaya dijual pada harga USD550,000 (RM2.2 juta).



Supra 1994 itu ditawarkan dengan lelongan secara terbuka, dan kereta ini sudah tentu menjadi rebutan ramai kerana popularitinya. Sebelum ini, ianya pernah tampil dalam dua filem yang popular iaitu The Fast and the Furious dan 2 Fast 2 Furious dan dipandu sendiri oleh mendiang Paul Walker.

supra

Bahagian luaran Supra ini disertakan dengan warna Candy Orange dari Lamborghini Diablo dan grafik Nuklear Gladiator yang cukup ikonik di bahagian sisi. Ia turut mendapat kit badan Bomex, hud TRD, spoiler aluminium APR Performance, dan rim Dazz Motorsport Racing 19-inci.

Kereta filem biasanya tidak mempunyai ruang dalaman yang sempurna, tetapi disebabkan babak dalaman juga digunakan dalam filem, kabin Supra ini agak lengkap.

supra

Segalanya dari meter aftermarket, stereng, tempat duduk dan head unit masih ada dan nampak sesuai dengan gaya luaran kereta ini. 

Supra 1994 ini dikuasakan oleh enjin 2JZ-GTE turbo 3.0-liter 6-silinder sebaris yang mampu menghasilkan 320hp dan 427Nm tork, serta dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here