30 saman dikeluarkan atas kesalahan guna nombor pendaftaran ‘fancy’

1427

Operasi khas bersepadu Polis Trafik Daerah Port Dickson dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, khusus bagi mengesan kesalahan nombor pendaftaran di Kilometer 11, Jalan Seremban – Port Dickson di Lukut.

Gambar hiasan

Operasi lebih dua jam itu dianggotai lapan pegawai dan anggota Polis Trafik dan empat pegawai JPJ bermula jam 3.30 petang hingga jam 6 petang. Sebanyak 122 kenderaan diperiksa dan 30 saman dikeluarkan khusus untuk kesalahan nombor pendaftaran bagi semua jenis kenderaan.

Kesalahan mengubah suai nombor pendaftaran yang tidak mengikut ketetapan dipandang serius kerana ia semakin berleluasa sehingga mengelirukan pihak berkuasa.



“Operasi memberikan tumpuan kepada pemilik kenderaan persendirian dan perdagangan yang melakukan kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran ‘fancy’ atau sudah diubah suai.
 

“Ia juga tidak mengikut peraturan tanpa mendapat kelulusan JPJ di bawah Seksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 108(3)(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 6(1) LN 173/1969,” kata Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here