#TahukahAnda: Apa beza AWD dan 4WD? Ini penjelasan paling mudah anda fahami

577

Ada yang antara kita tertanya-tanya apakah perbezaan antara sistem pacuan semua roda (AWD) dan sistem pacuan empat roda (4WD).

Kalau mengikut logiknya, kedua-duanya sama dari segi fungsinya iaitu untuk memacu semua roda kenderaan yang boleh dilihat pada trak pikap dan SUV atau pun sedan.

Apa yang membuatkan ia berbeza adalah AWD atau ‘all-wheel drive’adalah sistem yang menggerakkan keempat-empat tayar sepanjang masa, manakala 4WD pula boleh beroperasi dalam mod 4X4 atau 2X4, di mana hanya roda belakang digerakkan. Dalam kenderaan moden, sistem ini boleh diaktifkan secara elektronik dengan hanya menekan butang.

Sistem 4WD

Sistem 4WD biasanya digunakan pada kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan kerangka ‘ladder frame’ seperti Toyota Fortuner dan trak pikap seperti Ford Ranger, Nissan Navara dan sebagainya. Kenderaan-kenderaan ini memang direka untuk dipandu di kawasan-kawasan dengan bentuk muka bumi yang ekstrem.

Jom Baca:   Apa itu FF, FR, MR, F4? Kenali susunan drivetrain

Setiap kenderaan 4WD dilengkapi dengan ‘transfer case’ yang berfungsi untuk membahagikan kuasa dari ‘drive shaft’ ke gandar hadapan dan belakang secara sama rata, sekaligus menyebabkan roda hadapan dan belakang berputar pada kelajuan yang sama. Ini sangat berguna untuk permukaan tanah atau kerikil namun tidak sesuai dan boleh mendatangkan kerosakan jika digunakan di atas jalan bertar.

Dalam mod 4X4, ‘transfer case’ mempunyai tetapan ‘high’ untuk pemanduan pada kelajuan lebih tinggi dan ‘low’ untuk pemanduan off-road yang lebih sukar. Walaupun berguna, sistem 4WD mempunyai juga mempunyai kelemahan dari segi berat dan penjagaan.

Jom Baca:   Apa itu FF, FR, MR, F4? Kenali susunan drivetrain

Sistem AWD

Tidak seperti kenderaan 4WD, kenderaan AWD seperti Subaru Forester dan Honda CR-V lebih memfokuskan kepada pemanduan di atas permukaan rata tetapi licin seperti jalan berais. 

Sistem AWD yang canggih menggunakan sistem pemevektoran tork untuk menyalurkan kuasa ke mana-mana roda yang tergelincir (spin) bagi memastikan ia mendapat cengkaman sekaligus membolehkan kenderaan dipandu dalam keadaan stabil.

Walaupun pada dasarnya ia lebih ringkas berbanding 4WD, sistem AWD menggunakan sensor serta pelbagai alat elektronik yang boleh membuatkan kos pembaikan menjadi tinggi sekiranya berlaku kerosakan.

Jom Baca:   Apa itu FF, FR, MR, F4? Kenali susunan drivetrain

Kenderaan 4WD dan AWD mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Untuk memilih, anda perlu melihat pada keperluan anda sendiri. Jika anda banyak menghabiskan masa ke tapak pembinaan atau ladang, kenderaan 4WD lebih sesuai manakala jika anda hanya memandu di kawasan bandar dan sekali-sekala pergi ke lokasi percutian, kenderaan AWD adalah pilihan yang lebih tepat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here