Utama Berita Automotif Subaru hasilkan BRZ untuk kegunaan rali

Subaru hasilkan BRZ untuk kegunaan rali

4

Sudah lebih setahun sejak Toyota membina GR86 turbo dengan pacuan semua roda, dan kini giliran Subaru pula mengikut jejak.

Melalui unit Sports Vehicle Planning Office yang baru sahaja ditubuhkan, Subaru sedang membangunkan BRZ versi ‘lifted’ untuk bersaing dalam All Japan Rally Championship.

Spesifikasi penuh masih dirahsiakan, tetapi yang pasti, jentera rali ini menggunakan enjin turbo yang memacu keempat-empat roda.

Banyak perkara boleh diperhatikan daripada satu-satunya imej teaser yang Subaru keluarkan ketika pusingan pembukaan siri Super Taikyu 2026.

Subaru BRZ versi standard

Walaupun asasnya sebuah BRZ, kereta rali ini menerima perubahan besar pada badan — termasuk fender lebar, sayap belakang yang besar, skup bumbung, serta liang udara menegak pada bonet.

BRZ baharu ini juga menampilkan jarak kelegaan tanah yang tinggi, jarak pergerakan suspensi yang panjang, tayar tebal di depan serta belakang, serta bampar hadapan yang direka semula. 

Sejauh mana komponen asal BRZ dikekalkan masih belum jelas, namun Subaru mengesahkan jarak antara roda jentera ini masih sama.

Seperti yang boleh dijangka, memasukkan sistem AWD ke dalam coupe pacuan belakang yang tidak direka untuknya sememangnya mencabar. Penambahan turbo pula menambah lagi kerumitan.

Walaupun semuanya kedengaran menarik, jangan berharap ia akan menjadi model produksi. BRZ ini dibina khas untuk rali, dan Subaru tidak memberi sebarang bayangan tentang versi jalan raya.

Namun, Subaru menjelaskan tujuan Sports Vehicle Planning Office adalah untuk menghubungkan pasukan pembangunan kereta jalanan dengan pasukan sukan permotoran.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here