Utama Berita Automotif Lepas isi minyak, suami ‘gerak’ tertinggal isteri di belakang

Lepas isi minyak, suami ‘gerak’ tertinggal isteri di belakang

1929
Kadang-kala tertinggal barang itu pasti akan berlaku namun renyahnya kita perlu berpatah semula sekiranya barang itu penting dan sangat diperlukan. Namun bagaimana pula jika kita tertinggal  anak, orang tua mahupun isteri.
@miszzue

sapa gelak n tengok ulang kali kita geng…. 🤣🤣…#fypシ #foryou

♬ original sound – miszzue – miszzue

Ini yang berlaku pada lelaki ini di sebuah stesen minyak. Menerusi video perkongsian akaun TikTok @miszzue, rakaman CCTV itu menunjukkan motosikal yang ditunggang lelaki itu bergerak bersama anaknya yang duduk di belakang.
 
Sementara seorang wanita yang masih memakai topi keledar terpinga-pinga melihat keadaan itu.
 
Mungkin awalnya dia menganggap lelaki berkenaan ingin mengalihkan motor selepas mengisi minyak namun menyedari dirinya ditinggal, wanita itu segera berjalan sambil tangannya melambai memanggil lelaki itu.
 
Perkongsian rakaman video tersebut telah meraih lebih 250,000 tontonan dan lebih 7,000 tanda suka.
 
Bahkan video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen antaranya:
 
“Lawak betul tak tengok kiri kanan belakang terus jalan.”
 
“Pernah terjadi dengan saya dah.”
 
“Sedapje dia pulas minyak tanpa rasa bersalah sedikitpun.”
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here