[Video] VIP atau ambulans?, polis ini kongsi tatacara yang perlu dilakukan….

1285

Sebelum ini tular video yang menunjukkan konvoi VIP yang tidak memberi laluan kepada ambulans dan mendapat kecaman netizen yang berang dengan situasi tersebut.

Namun, pihak polis tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan keadaan agar tiada salah faham antara orang awam.



Sementara itu, beberapa hari lalu seorang pengguna Twitter @jllmisai berkongsi sebuah video yang memuji tindakan anggota polis yang mengutamakan ambulans berbanding kenderaan VIP.

“Perlahankan konvoi VIP dan utamakan laluan untuk ambulans dulu. Bagus polis ni,” tulisnya.

Dalam video tersebut, dipercayai anggota polls itu mengarahkan kenderaan lain memberi laluan kepada VIP namun selepas melihat ambulans berada di belakangnya dia mengarahkan kenderaan tersebut terus bergerak dan membantu van tersebut. 

Menerusi video 2 minit 15 saat itu menunjukkan anggota polis tersebut menggunakan isyarat tangan agar kenderaan lain memperlahankan kelajuan dan rapat ke kiri bagi memberi laluan kepada ambulans berkenaan. 

“Dalam situasi begini seharusnya ambulans diutamakan kerana mungkin melibatkan nyawa seseorang.

“Sebagai pengguna jalan raya sila peka keadaan sekeliling anda semasa memandu, menunggang terutama apabila kedengaran bunyi siren dari kenderaan (polis, ambulans, bomba, JPJ, penjara,” jelasnya menerusi kapsyen dalam video.

Video dengan tontonan melebihi 100,000 itu turut menasihati pengguna agar memastikan bahagian kiri dan kanan selamat sebelum membuka laluan.  

“Perlahankan kenderaan dan beri laluan hanya untuk beberapa saat sahaja,” jelasnya.

Dalam video tersebut juga menunjukkan sebuah kereta jenama H yang bersikap penting diri dengan mencelah pada ruang kosong.  

Difahamkan rakaman video tersebut berlaku sebelum kejadian banjir yang diambil daripada video YouTube bertajuk VVIP atau Ambulans!?.

Perkongsian itu sebagai rujukan tatacara sebenar mengiringi konvoi VVIP. Selain itu, netizen memuji tindakan anggota polis tersebut antaranya:

“Ini baru hero.”

“Bila kerja berlandaskan ibadah dan amanah inilah hasilnya..hanya tunjuk di video atau tak tu belakang cerita janji pesakit dlm ambulans tu selamat .”

“Benda macam ni memang sepatutnya pun berlaku. Sebab melibatkan nyawa yang haritu punye kes menggelibas takut sangat ambulans lagi flex dari dier.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here