Elon Musk manusia terkaya dunia melepasi RM1 trillion

1848

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk, mengatasi pengasas dan CEO Amazon, Jeff Bezos sekaligus menjadi manusia terkaya di dunia ketika ini.

Kekayaan Musk kini dianggarkan berjumlah AS304.2 bilion (RM1.27 trilion) melonjak sebanyak AS32.6 bilion (RM136.4 bilion) hasil penghantaran kenderaan yang meningkat. 



Tesla yang menghantar 308,600 kenderaan pada suku fiskal keempat, dengan mudah melepasi unjuran penganalisis. Bagi tahun fiskal 2021, penghantaran kereta elektrik itu melonjak 87 peratus kepada 936,172 unit.

Angka tersebut mencipta rekod baharu buat syarikat. Musk kini merupakan orang pertama dalam sejarah yang mencapai kejayaan tersebut, manakala Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault menduduki tempat kedua dengan nilai kekayaan lebih AS200 bilion (RM837.2 bilion) sekaligus mengatasi kekayaan Jeff Bezos yang jatuh ketempat ketiga.

Penilaian pasaran Tesla mencecah kira-kira AS1.2 trilion (RM5.03 trilion) berikutan kenaikan  saham terbarunya

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here