TikToker kongsi guna RFID tanpa lekat pada kereta, perlu ingat anda boleh disenarai hitam!

62005

Pelaksanaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula malam semalam mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif.

Baru-baru ini pengguna TikTok @zai_nqz8087 berkongsi pengalamannya menggunakan taq RFID tanpa melekatkan pada kenderaan.

Video tersebut menunjukkan pemandu tersebut melalui lorong RFID manakala seorang penumpang memegang tag pada bahagian atas cermin depan dan kenderaan melepasi lorong tol dengan mudah. 



@zai_nqz8087

Rfid tampal dalam cermin. #fyp#subhanallah❤️

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

“Pertama kali nak guna RFID tapi tak lekat luar cermin. Pegang manual dulu takut nak pelekat. Masa ni ketaq tak tau nak habaq, bulehka dak cara ni. Alhamdulilah lepaih,” katanya.

Sementara pada klip kedua, pengguna tersebut melekatkan RFID pada bahagian dalam cermin depan. Klip video itu menunjukkan sistem dapat mengimbas kod RFID dan melepasi tol dengan mudah.

Bagaimanapun pengguna TikTok itu menyatakan dia tidak pasti jika sistem dapat membaca pelekat RFID sekiranya cermin dipasang dengan filem haba lebih gelap.

Perlu diingatkan, tidak melekatkan RFID pada kereta boleh menyebabkan pengguna disenarai hitam. Ini kerana ia tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh digunakan pada kereta yang tidak didaftarkan dalam sistem.

Sebagai makluman pembaca RFID diletakkan di sebelah kiri lorong tol justeru itu pengguna perlu melekatkan pelekat RFID di sebelah kiri cermin atau lampu depan. Sebelum pemasangan, pastikan jarak 5cm dengan logam pada lokasi yang hendak dilekatkan.

Ini bagi mengelak gangguan imbasan RFID. Selain itu, jangan lekat pada lokasi yang boleh dijangkau pengelap cermin bagi mengelakkan kerosakan atau calar. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

  1. Kalau tangan kiri sakit kena gout atau jari tangan kejang kesan sakit gout, atau tangan tak sampai kat cermin sebelah kiri sedangkan stereng sebelah kanan macam mane nak pegang! Seban selalu guna tangan kanan untuk pegang kad TnG atau guna Kad Smart Taq. Sistem RFID menyenangkan atau menyusahkan?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here