Nombor plat fancy paling banyak disaman

1209

Penggunaan nombor pendaftaran fancy antara saman tinggi dikeluarkan  Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi berasingan di Jalan Persiaran Senawang 1 dan Jalan Rasah, Seremban.

Ketua JSPT Negeri Sembilan, Superintenden Shafiei Muhammad berkata sebanyak 254 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan dan 73 daripadanya merupakan nombor pendaftaran kenderaan fancy.

“Kesalahan lain termasuk tiada lesen memandu, cermin sisi dan ekzos tidak mengikut peraturan yang melibatkan 132 motosikal diperiksa sepanjang operasi yang bermula jam 11 malam.



“Selain itu, dua individu ditahan di lokasi berasingan kerana mereka melakukan kesalahan termasuk menunggang secara melulu dan berbahaya selain kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ahad.

Kesemua individu yang ditahan dibawa ke IPD Seremban untuk tindakan lanjut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here