Berang…baru sejam parkir kena bayar RM6k

1510

Tular sebuah video di media sosial apabila seorang wanita terkejut apabila perlu membayar harga parkir mencecah ribuan ringgit. 

Melalui perkongsian video akaun TikTok @mummyjylo2 itu menunjukkan wanita itu bengang apabila dia perlu membayar sebanyak RM5,811 dalam tempoh sejam parkir. 

@mummyjlo2

bapak la mhl😂😂

♬ These Days – Nico



“Korang tengok ni kereta masuk 11.30 tadi, tak tau berapa parking kena bayar RM5811, ko rasa apa, dari 11.30 sampai 12.30 tadi.”

Berdasarkan video 34 saat itu, difahamkan kadar harga bagi sejam pertama adalah RM1 dan jam berikutnya RM1 seperti mana yang diletakkan pada papan maklumat parkir dan kejadian berlaku di sebuah tempat letak kereta di Sentul.

“Sejam juga berurusan dengan pihak pengurusan parkir baru selesai, sampai cakap nak buat laporan baru mereka semak pada rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

“Kalau tidak, memang pihak mereka suruh bayar harga tersebut,” katanya.

@mummyjlo2

Reply to @shidanms sini😂😂#fmj #mummylovers #fypシ

♬ original sound – Datin jlo (2acc) – Datin jlo (2acc)

Tambah wanita itu, selepas diperiksa semula oleh pihak pengurusan jumlah sebenar yang perlu dibayar hanya RM3 sahaja.

Susulan perkongsian video yang sudah mendapat 1.2 juta tontonan itu, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan meminta mendedahkan lokasi parkir tersebut.

“Dia kumpul jumlah parkir semua kenderaan di situ, kemudian kira bayar secara langsam.”

“Dekat mana tu, saya tak sabar nak boikot tempat parkir macam itu.”

“Sebab mybiee king kak”

“Itukan myvi langgarje kak.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here