Melati beli bot nelayan harga RM120k bantu ‘orang kampung’

4585

Syaiful atau lebih mesra dengan panggilan Melati kini berada di kampungnya bagi menguruskan pembelian bot nelayan untuk kegunaan penduduk Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah.

Menurut adiknya, Sharif, bot nelayan berharga RM120,000 itu boleh memuatkan 18 orang dalam satu masa.



“Bot ini tidaklah besar sangat, tetapi, cukup menampung 18 nelayan. Kami beri mereka guna bot ini dan hasil tangkapan dibahagi sama rata.

“Kami tinggal di perkampungan nelayan, jadi bot ini untuk kegunaan penduduk kampung terutama golongan remaja pergi ke laut untuk menangkap ikan,” jelasnya.

Oleh kerana di kampung mereka ramai golongan remaja yang tiada pekerjaan, Melati berharap inisiatif itu dapat membantu anak muda mencari rezeki.

Melati menunaikan janjinya selepas menjuarai program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) bersama kumpulan Tiro dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000.

Gambar hiasan

Untuk makluman bot nelayan tempatan didatangkan dengan beberapa kelas iaitu:

  • A: Bot bersaiz kecil
  • B: Saiz bot besar sedikit daripada kelas A
  • C: Bot bersaiz besar
  • C2: Bot paling besar dalam semua kelas yang ada

Selain itu, jangan tidak tahu bot nelayan juga boleh dikenal pasti menerusi nombor pendaftaran seperti mana nombor plat kenderaan. Misalnya Terengganu (TRF), KAF Kelantan (KAF), Pahang (PAF). 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here