Volvo V60 Recharge T8 harga bermula RM287,474 – Wagon dengan output 407hp dan 640Nm!

975

Buat peminat wagon, ini berita baik buat anda apabila Volvo Car Malaysia memperkenalkan model Volvo V60 Recharge T8 baharu, sebuah model estate plug-in hibrid (PHEV) versatil dan moden. 

Selain bentuk wagon yang cukup menarik, ia digabungkan teknologi plug-in hibrid, ruang dan ciri serba boleh memberikan keselesaan untuk V60 Recharge T8.



Biarpun ia sebuah kenderaan keluarga, prestasinya cukup mengagumkan apabila enjin petrol Drive-E V60 Recharge T8 dilengkapi dengan pengecas turbo dan pengecas super mampu menghasilkan 320hp dan 400Nm tork. Gabungan motor elektrik menghasilkan output maksimum 407hp dan tork setinggi 640Nm.

PHEV serba boleh ini juga mengeluarkan pelepasan CO2 yang sangat rendah. Apabila dalam mod elektrik ia boleh dipandu sehingga 49km dengan sekali cas penuh.

Dengan harga bermula RM287,474, Volvo V60 Recharge T8 kini boleh dilihat dan ditempah di semua pengedar Volvo yang sah di seluruh negara. Sebagai alternatif, anda boleh membuat tempahan menerusi laman web www.volvocars.com/my.  

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here