Musa Hassan: Pernah cadang RFID pada nombor plat dan cukai jalan bagi kesan aktiviti jenayah

1448

Penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) pada nombor plat dan pelekat cukai jalan boleh membantu mencegah dan mengesan aktiviti jenayah.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memuatnaik satu ciapan pada akaun Twitternya menyatakan beliau pernah mencadangkan perkara tersebut ketika masih berkhidmat.



“Ia boleh mencegah jenayah dan juga mengesan mereka yang melakukan jenayah. Nombor plat harus dikeluarkan oleh pihak berwajib dan bukan di kedai-kedai biasa,” tulisnya.

Musa Hassan memberi maklum balas kepada berita Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong Musa menjelaskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mendapatkan kaedah mengurangkan kos teknologi RFID melalui Pelan Pendigitalan.

Kerajaan sedang mengkaji teknologi baharu untuk pendaftaran kenderaan seperti tag RFID, kod QR dan cip yang mana pelan tersebut juga mampu menurunkan harga pelekat RFID.

Sementara itu, bulan lalu Indonesia menjelaskan bakal melaksanakan pemasangan RFID bermula tahun depan secara percuma. Bagi melaraskan dan memudahkan pelaksanaan, pihak berkuasa akan menetapkan standard nombor plat menjadi putih.

Nombor plat latar putih dengan tulisan hitam berkenaan lebih mudah dibaca oleh kamera sistem Electronic Traffic Law Enforcement (ETLE). 

Bahkan menurut Ketua Biro Penerangan Masyarakat, Jabatan Pengurusan Maklumat dan Dokumentasi Polis Republik Indonesia, Brigjen Pol Ahmad Ramadhan, cip RFID itu juga akan dijadikan pengenalan identiti kenderaan.

Selain untuk pembayaran tol dan parkir, cip tersebut juga boleh digunakan sebagai rekod  kesalahan undang-undang yang dilakukan kenderaan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here