Jika pemandu trak bagi lampu tinggi lama, jangan cilok masuk…ini maksudnya

4418
Lampu tinggi digunakan bagi menyuluh jalan gelap dan membolehkan pemandu melihat lebih jauh ke depan. 
 
Tetapi ada dalam kalangan pemandu yang menggunakan lampu tinggi sebagai komunikasi antara pengguna lain. 
 
Apabila pemandu menyalakan lampu tinggi dari arah bertentangan antaranya memberitahu  kenderaan depan lupa mematikan lampu tinggi, ada sekatan jalan atau kenderaan memotong secara berbahaya.
 
Seperti mana Jepun menyalakan lampu kecemasan dua kali sebagai tanda terima kasih manakala rakyat Malaysia menggunakan lampu tinggi sebagai salah satu komunikasi yang lebih sopan berbanding membunyikan hon. 
 
Namun begitu, tahukah anda lampu tinggi dalam kalangan pengguna trak juga menghantar mesej tertentu dan mungkin ramai yang tidak tahu tentang ini.
 

Menerusi video pendek yang dikongsi akaun Facebook Sinar, ada dua jenis lampu tinggi dinyalakan oleh pemandu trak untuk menghantar mesej kepada kenderaan yang ingin mencilok masuk.
 
Apabila kenderaan berat menyalakan lampu tinggi sekali bermakna pemandu membenarkan kenderaan tersebut memasuki lorong di depan mereka.
 
“Jangan risau driver akan cuba control brek. Tetapi bila kenderaan berat bagi hold high beam tolong jangan masuk mungkin diaorang tak boleh nak control brek time tu,” jelasnya. 
 
Seperti mana kita sedia maklum mencilok di depan lori sebenarnya bahaya kerana kenderaan berat ini mengambil masa untuk mendapatkan cengkaman brek.
 
Ini kerana kenderaan ini menggunakan sistem brek pneumatik iaitu adanya gejala brake lag dan sistem brek bertindak balas terhadap input pemandu sedikit lambat berbanding brek hidraulik.
 
Sebaik sahaja pemandu lori menekan pedal brek, udara memerlukan sedikit masa untuk melalui tiub brek sebelum sampai ke bahagian brek dan brek dram.
 
Walaupun tempoh jarak masa itu kurang dari sesaat, namun dalam keadaan kecemasan boleh menyebabkan pemandu gagal memberikan respon yang tepat.
 
Jadi sentiasalah beringat dan waspada….
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here