Sepohon pokok hujan-hujan, ikon bandar warisan Taiping berumur 137 tahun tumbang

950

Sepohon pokok hujan-hujan berumur 137 tahun di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping, Perak tumbang, difahamkan akibat ribut yang melanda kelmarin.

Gambar Kredit: Bahagian Korporat, Perhubungan Awam MPT

Jurucakap Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dipetik laporan Harian Metro mengesahkan perkara itu dan berkata, MPT sedang menunggu laporan daripada arboris bertauliah bagi mengenal pasti punca sebenar pokok itu tumbang.

Gambar Kredit: FB Taiping Zone



Tahun lalu, media melaporkan sebatang pokok hujan-hujan atau nama saintifiknya, samanea saman di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping berusia 136 tahun dilaporkan reput dan mati.

Sebelum ini, kawasan taman itu adalah kawasan perlombongan tetapi selepas diubah suai, ia menjadi Taman Tasik Taiping.

Taman Tasik Taiping adalah taman awam pertama yang ditubuhkan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu pada tahun 1880 dan ditadbir sepenuhnya oleh majlis. 

Samanea saman atau pokok hujan-hujan yang berasal dari Amerika Selatan mula ditanam di Tanah Melayu pada 1876 dan diperkenalkan untuk penanaman di kawasan bandar seawal 1900.

Pokok berkenaan sehingga kini masih popular ditanam terutamanya di pinggir jalan serta lebuh raya dan mempunyai sifat istimewa yang mana ia akan menguncupkan daunnya pada waktu senja atau waktu hujan.

Disebabkan itu, ia dipanggil pokok hujan-hujan dan pokok ini mempunyai pertumbuhan yang cepat walaupun dalam persekitaran yang mencabar serta mudah dijaga.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here