Beli Honda Civic Type R, Ducati Panigale dan Ford Ranger Raptor, pegawai salah guna kuasa dipenjara 3 tahun

727

Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengaku bersalah menggunakan wang rampasan agensi tersebut berjumlah AS$6.94 juta (RM28 juta).

Sumber gambar: premium.sinarharian.com.my

 

Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 41 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu dengan curang menjadikan bagi kegunaan sendiri suatu harta iaitu wang berjumlah AS$6.94 juta.



Hukuman bagi pertuduhan pilihan itu mengikut Seksyen 403 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun dan sebat.

Tertuduh, Shahrum Nizam Baharuddin, 41, yang sudah 17 tahun bertugas di agensi itu dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun yang berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 13 September 2021 dan sebat dua kali.

Laporan www.astroawani.com dipetik berkata, hasil siasatan mendapati tertuduh telah membelanjakan RM2,713,730 untuk membeli aset-aset dari tempoh 17 Disember 2018 hingga kini. Berikut adalah sebahagian fakta kes:

  • Membeli aset-aset mewah dengan membuat 13 kali transaksi bayaran secara tunai untuk membeli sebuah rumah dua setengah tingkat di Kota Warisan, Sepang.
  • Membeli jam tangan jenama Hublot Big Bang, jenama Tag Heuer dan jenama Rolex secara tunai dengan nilai keseluruhan pembelian berjumlah RM397,580.
  • Membeli sebuah kenderaan jenis 4×4 jenama Ford Raptor 2.0 secara tunai berjumlah RM219,000, membeli dua bidang tanah, masing-masing seluas 2.9967 hektar bernilai RM333,220 atas nama tertuduh dan 1.244 hektar bernilai RM150,000 atas nama isterinya di Jerantut, Pahang.
  • Membeli Honda Civic Type R Turbo bernilai RM290,030 yang mana pembayaran dibuat secara tunai berjumlah RM265,930
  • Membeli motosikal Ducati 1299 Panigale R Final Edition bernilai RM278,000 dan Ducati 1199 Superleggera bernilai RM300,000 yang mana pembelian motosikal itu dibuat dengan cara ‘trade in’ motosikal Panigale 1199R oleh tertuduh berjumlah RM110,000 manakala sebahagian lagi RM190,000 dibayar lima kali oleh tertuduh kepada kedai motosikal.
  • Membeli sebuah kereta Mercedes Benz A250 Sport secara tunai bernilai RM130,000

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here