Mak cik tolak mentah-mentah pelawaan seorang lelaki tukar Vespa Smallframe dengan skuter baharu

2375

Seperti yang diketahui, skuter Vespa klasik mempunyai peminatnya tersendiri kerana keunikan motosikal itu berbeza dengan model-model lain.

Skuter itu kini kebanyakkan sudah menjadi barang koleksi kepada pengemarnya, selain ada pencintanya sanggup membayar mahal untuk memiliki jentera dua roda berkenaan.

Seperti hantaran yang dimuat naik ke akaun TikTok @ijrbrewog15 pada hari Isnin lalu, dia membuat tawaran kepada seorang mak cik dengan mahu menukar Vespa Smallframe yang dinaiki wanita itu dengan motosikal lebih moden iaitu Scoopy, Vario, hingga PCX.



Video yang berasal dari negara jiran Indonesia itu sudah disukai lebih dari 20,000 dengan mendapat macam-macam ragam komentar netizen. Malah ramai di antara mereka memberikan respons yang kelakar.

Bagaimanapun, ini respon mengejutkan mak cik itu apabila dia menolak mentah-mentah pelawaan lelaki berkenaan.

Mungkin mak cik itu sedar bahawa skuter yang dimilikinya sebenarnya satu motosikal yang rare kerana ia adalah Vespa Smallframe, namun tidak pasti varian mana sama ada berseseran 50cc atau sebaliknya.

Jika di Malaysia, untuk memiliki Vespa Smallframe ini tersangatlah sukar, dan jika ada yang mahu menjualnya sudah pasti harga terlalu tinggi.

Untuk makluman, Vespa Smallframe itu mempunyai kotak tepi kecil berbanding skuter yang biasa anda lihat di Malaysia.

Difahamkan, ia mula dikeluarkan pada 1953 sehingga 1973 yang mempunyai beberapa varian dengan kapasiti enjin seperti 50 cc, 90 cc serta 125 cc.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here