Solat Subuh dan Isyak berjemaah 40 hari berturut-turut, jemaah terpilih boleh memenangi motosikal

1099

Jemaah terpilih yang hadir ke masjid boleh memenangi motosikal, menerusi program itu peserta diwajibkan berjemaah Subuh dan Isyak di masjid selama 40 hari berturut-turut.

Terdahulu, menerusi Program Istiqamah Subuh Berjemaah 40 Hari, masjid terbabit turut menghadiahkan 40 basikal berharga RM20,000 kepada anak kariah.



Namun, terbaharu Masjid Nur As-Sa’adah, yang bertempat di Kampung Pengkalan Batu, Melaka sekali lagi mencuri tumpuan apabila menawarkan hadiah motosikal pula dalam usaha mengimarahkan masjid.

Sebanyak empat Modenas Kriss MR3 berharga RM16,000 akan menjadi milik jemaah yang layak dengan syarat jemaah terpilih perlu memenangi empat kategori dipertandingkan pada Program Istiqamah Subuh dan Isyak Berjemaah 40 Hari bermula 1 Mac hingga 9 April depan.

Kategori pertama bagi program mengimarah masjid ini khusus anak kariah, kedua kategori terbuka kepada penduduk luar manakala kategori tiga dan empat adalah untuk pegawai syarak, jawatankuasa dan pekerja masjid serta kaum wanita.

Setakat ini sudah mendapat lebih 30 penyertaan bagi keempat-empat kategori yang terbuka kepada semua umat Islam berumur 16 tahun ke atas dan memiliki lesen motosikal.

Selain itu mereka juga boleh mendapatkan mata tambahan jika berjemaah untuk semua waktu atau program lain anjuran masjid yang akan meningkatkan peluang kemenangan mereka.

“Niat saya bersama-sama ahli jawatankuasa masjid hanyalah untuk penuhkan masjid. Alhamdulillah semakin hari semakin ramai orang kampung yang berjemaah di masjid.

“Mereka datang bukan sebab motosikal kerana bukan semua akan dapat dan program juga baru diuar-uarkan.

“Harapan kami mudah-mudahan institusi masjid ini akan jadi mesra kanak-kanak dan remaja kerana mereka inilah bakal pelapis dalam mengimarahkan rumah Allah ini pada masa depan,” kata Pengerusi masjid, Datuk Amzah Osman.

Sementara itu katanya, empat motosikal setiap satu berharga RM4,000 itu disumbangkan individu dermawan dan tidak menggunakan sebarang dana tabung masjid.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here