Honda EX5 warna emas hanya 2,000 unit sahaja, harga bermula RM5,198

2381

Honda EX5 mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 1987. Dengan ketahanan dan keyakinan yang terbukti selama ini, Honda EX5 menjadi kebanggaan serta kegembiraan kepada lebih 2 juta rakyat Malaysia.

Bagi meraikan model berstatus legenda ini, Boon Siew Honda telah memperkenalkan edisi terhad.



Model ini akan tersedia dalam warna emas sebagai tanda peringatan khas semperna ulang tahun ke-35. Edisi ini mempamerkan imej gaya klasik dengan gabungan gaya retro dan premium.

Honda EX5 Edisi Terhad ini dikuasakan oleh enjin 110cc silinder tunggal yang memberikan kuasa sebanyak 6.37 Kw pada 7,500 rpm dan tork setinggi 8.62 Nm pada 5,500 rpm.

Honda EX5 ini juga mengunakan Programmed Fuel Injection (PGM-Fi) Honda, yang bertanggungjawab meningkatkan tahap kecekapan proses pembakaran enjin yang optimum sambil mengurangkan pelepasan karbon.

Honda EX5 2022 akan dihadkan kepada 2,000 unit pengeluaran dan akan dijual secara eksklusif dalam tayar versi Spoke dan warna Extravagant Gold Metallic.

Harga yang ditawarkan adalah RM5,198 tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran dengan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here