#PanduUji: Mahu beli SUV kompak, Peugeot 2008 ini harus ada dalam senarai anda!

872

Selepas 3008 dan 5008, kini tiba pula giliran kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 2008 untuk diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada awal tahun ini. 

Ia dijual pada harga bermula RM126,753. Jika dibandingkan dengan harga itu, ia boleh dikatakan SUV paling murah jenama Eropah yang ada dijual untuk pasaran Malaysia.

Untuk makluman, Peugeot 2008 adalah model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Stellantis yang terletak di Gurun, Kedah dan ia juga sudah pun melepas ujian 200,000km pemanduan di negara ini.



Peugeot 2008 itu mempunyai gaya tersendiri bagi lembaran baharu dan luar biasa dalam sejarah SUV jenama berkenaan.

Ini pengalaman penulis ketika memandu uji jentera berkenaan baru-baru ini:

Pengendalian

Sepanjang beberapa hari memandunya, penulis cukup teruja dengan stereng kecil yang digunakan.

Ia memberi pusingan roda yang lebih jitu seperti memandu ‘kereta sukan’, ia juga rasa lebih stabil ketika memandu pada kelajuan tinggi di selekoh.

Bagi penulis, ia sebuah SUV kompak yang sangat ‘best’ untuk memandu di lebuh raya atau di jalan biasa lebih-lebih lagi sangat mudah untuk masuk parkir kerana bentuknya yang tidak terlalu besar.

Prestasi 

Dari segi prestasinya, ia menggunakan enjin tiga silinder berkapasiti 1.2 liter pengecas turbo PureTech yang mana mampu menyalurkan 130hp dengan tork setinggi 230Nm. Ia turut dipadankan transmisi enam kelajuan automatik.

Kuasa yang dibekalkan sudah cukup baik dan lancar sebaik menekan padel minyaknya. Cuma pada awal peringkat awal, kuasanya rasa sedikit mendatar sebelum memecut laju.

Pada kelajuan lebih 100km/j, meter rpm juga sedikit rendah dan sangat sesuai untuk memberi penjimatan bahan api yang optimum. Pada masa sama, tidak langsung rasa bergegar atau goyang pada kelajuan tinggi. 

Reka bentuk luaran

Dari segi reka bentuknya, boleh dikatakan sebuah SUV yang cukup menawan selepas dilengkapi cermin depan berlekuk untuk menjadikan bonet lebih mendatar untuk mewujudkan karektor badan yang kuat. 

Ini perincian luaran Peugeot 2008 yang kami senaraikan, untuk anda lebih mudah memahaminya: 

  • Pencahayaan LED penuh dengan pencahayaan tandatangan tiga cakar ikonik Peugeot
  • Lampu nyalaan siang LED yang pudar di bawah lampu
  • Rim Black Onyx & Diamond Cut 17 inci
  • Rel bumbung
  • Kemasukan tanpa kunci dengan buka dan tutup auto kunci
  • Cermin sisi boleh lipat elektrik dengan pemanas

Ruang Dalaman

Masuk ke bahagian dalam, terpancar gaya premiumnya, selain dilengkapi ciri PEUGEOT i-Cockpit® 3D yang pertama di dunia dalam segmennya. Untuk memudahkan anda mengetahuinya, kami senaraikan beberapa ciri lain membabitkan:

  • Stereng kompak untuk pengendalian yang lebih baik
  • Paparan 3D ‘head up’ pada kluster instrumen
  • Infotaimen tujuh inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Tempat duduk balutan kulit
  • Parkir brek elektrik
  • Pilihan mod pemanduan (Normal, Eco dan Sport)
  • Pencahayaan dalam kabin

Ciri Keselamatan

Peugeot 2008 baharu juga didatangkan dengan ciri keselamatan untuk pemandu serta pengguna jalan raya yang lain.

Ini ciri keselamatan yang ada pada SUV itu membabitkan:

  • Visiopark 1 (Kamera pemandangan 180 darjah)
  • Bantuan Kekal Laluan
  • Driver Attention Assist
  • Monitor Titik Buta
  • Brek Keselamatan Aktif

Lihat video ini untuk anda melihat dengan jelas berhubung Peugeot 2008: 

@motoqar Korang percaya tak Peugeot 2008 ni roadtax dia RM85 je.. Sebabnya.. #peugeotmalaysia #peugeot2008 #tiktokmalaysia #beritatiktok ♬ original sound – Motoqar

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here