Honda buka terowong angin paling canggih di dunia

967

Honda membuka fasiliti terowong angin bernilai AS124 juta (RM522 juta) di Pusat Penyelidikan Pengangkutan, Ohio, Amerika Syarikat. 

Pengeluar kenderaan Jepun itu memberitahu terowong angin berkenaan merupakan paling canggih di bumi.



Kemudahan itu menggunakan sistem modular pesawat darat unik yang boleh ditukar ganti yang mana mampu menguji aerodinamik kenderaan pengeluaran dan kereta lumba. Ketika ujian kipas akan beroperasi pada kelajuan sehingga 310kmj. 

“Keupayaan pembangunan produk Honda akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi berkat pelaburan ini dalam operasi penyelidikan Ohio kami.

“Dengan kemudahan baharu ini, Honda bukan sekadar melabur dalam kemudahan teknologi canggih tetapi pada masa depan jurutera Honda dan penyelidik lain yang akan bekerja di sini,” kata Naib Presiden Eksekutif Pembangunan dan Kilang Amerika (HDMA), Jim Keller. 

Selain ujian aerodinamik, terowong angin itu juga boleh melakukan ujian aeroakustik (mengkaji perihal penjanaan dan penghantaran bunyi oleh aliran bendalir). Ia mengukur bunyi bising angin menggunakan sistem tatasusunan akustik berkuasa yang terdiri daripada mikrofon dan kamera.

Pengumpulan masa nyata ini membolehkan Honda memastikan bahagian dalam kenderaan lebih senyap. 

Honda menjelaskan terowong angin baharu itu turut didatangkan bersama pusat penyelidikan keselamatan termaju. 

Ia juga membolehkan Honda bekerjasama dengan entiti lain yang berminat dalam penyelidikan aerodinamik dan aeroakustik serta menyokong aktiviti STEM.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here