Yamaha Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition – 5,000 unit sahaja, harga bermula RM11,688

3656

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru sahaja melancarkan edisi istimewa kapcai 155cc menerusi Yamaha Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition.

Namun, warna Yamaha World Grand Prix 60th Anniversary itu hanya didatangkan dengan edisi terhad sejumlah 5,000 unit sahaja.

Harga sama Yamaha Y16ZR versi Doxou

Harganya pula sama mahal dengan edisi Yamaha Y16ZR iaitu Doxou yang diperkenalkan sebelum ini, iaitu bermula RM11,688 tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan.



Harga versi Yamaha World Grand Prix 60th Anniversary lebih mahal RM800 berbanding varian biasa.

Setiap pembelian, pemiliknya bakal menerima sijil pemilikan, bekas air, pin logo dan rantai kunci eksklusif.

Inspirasi rekaan warna merah putih

Warna seragam itu berkonsepkan Racing Blood of Yamaha hasil inspirasi rekaan warna merah putih pada YZR500 (0W48) yang digunakan juara Kenny Roberts di Grand Prix (1980) dalam kelas 500cc.

Mekanikal masih sama menggunakan enjin 155cc silinder tunggal penyejukan cecair VVT yang menghasilkan kuasa 18hp @ 9,500rpm dan 14.4Nm @ 8,000rpm.

Seperti kebanyakan model terbaharu Yamaha, model Y16ZR juga didatangkan dengan sistem Assist dan Slipper Clutch. Ia membantu mengurangkan beban tahap klac, membolehkan kemudahan menukar gear semasa penukaran ke bawah.

Motosikal itu akan berada di pengedar Yamaha seluruh negara bermula hari ini. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here