Lotus Cars Malaysia lancar Emira – Sudah 45 unit ditempah dengan harga RM1.13 juta

1144

Berikutan model Lotus Elise, Exige dan Evora sememangnya sudah berusia, Lotus Cars Malaysia melancarkan model baharu untuk menggantikan ketiga-tiga model itu menerusi Lotus Emira.

Lotus Emira ini juga menjadi model terakhir bagi pengeluar dari Norfolk, UK yang menggunakan enjin pembakaran biasa.

Sudah tentu Lotus Emira ini akan duduk jauh di bawah Evija, iaitu hypercar elektrik jutaan ringgit. Sebaliknya, Emira akan bersaing dengan model-model sports yang terkenal dengan pengendalian mantap seperti Porsche 718 Cayman dan Alpine A110.



Inspirasi Lotus Evija

Reka bentuk luarannya juga mengambil inspirasi Lotus Evija, selain memiliki berat yang agak ringan, kira-kira 1,405kg sahaja. Ia hampir menyamai berat Honda City Hatchback.

Untuk enjin, dua pilihan akan ditawarkan. Anda boleh pilih sama ada enjin 3.5-liter V6 supercaj telah terbukti tahan lasak. Enjin dari Toyota ini pernah digunakan pada model Evora dan Exige.

Satu lagi pilihan enjin ialah 2.0-liter turbo dari AMG. Enjin M139 4-silinder ini ialah unit sama yang memacu model-model AMG 45 seperti CLA45 dan A45 S, dengan kuasa sekitar 400hp.

Hanya enjin 3.5 liter V6 untuk Malaysia

Namun untuk pasaran Malaysia, ia hanya ditawarkan 3.5 liter V6 supercaj. Lotus tidak mendedahkan secara terperinci kuasa Emira, tetapi dari segi prestasi, model terpantas mampu memecut ke 100km/j dalam kurang 4.0 saat, dan kelajuan maksima pada 290km/j.

Pilihan kotak gear pula terdiri daripada transmisi manual enam kelajuan, atau automatik enam kelajuan dengan kos tambahan sekitar RM15,000.

Ruang dalaman premium

Bagi ruang kabin, ia menggunakan material premium pada alas kaki, trim kulit Nappa, trim Alcantara, headliner Alcantara, jaring storan, tempat duduk boleh laras 12 cara dengan fungsi memori, serta tidak ketinggalan mekanisme kotak gear terbuka hanya untuk versi manual sahaja.

Sistem infotainmen dilengkapkan dengan unit audio premium KEF 340 W dengan 10 saluran bunyi termasuk tiga pembesar suara Uni-Q  dan subwoofer. Ia juga menggunakan meter kluster 12.3 inci digital dan paparan skrin 10.25 inci. 

Selain daripada tiga pakej yang boleh dipilih (Lotus Drivers Pack, Convenience Pack dan Lotus Design Pack), pembeli juga boleh memilih opsyen tanpa sebarang kos seperti casis Tour dengan tayar Goodyear Eagle F1 Supersport, casis Sport dengan pilihan tayar yang serupa atau casis Sport dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.

Ciri keselamatan termaju turut dimuatkan seperti kawalan jelajah adaptif, sistem anti-pelanggaran, amaran tumpuan pemandu, informasi papan tanda, had kelajuan, amaran keluar lorong, amaran lintasan trafik belakang serta bantuan penukaran lorong.

Kini ia sudah ditempah 45 unit untuk Malaysia yang mana 30 unit bagi enjin 2.0 liter turbo, manakala selebihnya adalah rangkaian kuasa 3.5 liter.m 

Harga untuk Lotus Emira

  • RM1,131,800 – Semanjung Malaysia
  • RM456,900 – Langkawi

Galeri Gambar:

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here