Lotus Evija baharu dilancarkan, berupaya salur 2,000PS

2371

Lotus akhirnya melancarkan model terbaharunya, Lotus Evija iaitu hypercar pertama keluaran British.

Evija adalah kereta paling berkuasa dan dinamik yang pernah dibina dalam sejarah Lotus, selain meletak satu standard baru bagi jenama itu dalam segi pemanduan prestasi.

Ia adalah hypercar elektrik pertama keluaran British dan menjadi model pertama Lotus dengan menggunakan rangkaian kuasa elektrik. Malah, jentera ini juga merupakan model pertama Lotus selepas diambil alih oleh Geely.



Evija akan dipasang di kilang Lotus di Hethel, United Kingdom dan hanya 130 unit sahaja dibina bermula tahun hadapan.

Ini ciri-ciri Evija yang anda perlu tahu:

  • Kuasa output disasarkan kepada 2,000PS, menjadikan kenderaan pengeluaran semasa paling berkuasa di dunia.
  • Pecutan 0-100km/j di bawah 3 saat dan kelajuan maksimum mencecah 320km/j.
  • Padanan monokok gentian karbon dan menjadikan hypercar elektrik paling ringan di dunia dengan berat 1,680kg.
  • Boleh dipandu sejauh 400km.
  • Lampu teknologi laser pertama di dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here