[Video] Meluru laju, Proton Waja nyaris dirempuh gajah di Lebuhraya Timur-Barat

1830

Pertembungan dengan gajah di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat yang bermula dari Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan merupakan pemandangan biasa bagi pengguna laluan tersebut.

Gajah liar dari Taman Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temenggor sering berkeliaran di sekitar lebuh raya itu pada awal pagi dan lewat malam untuk mencari makan ketika jarak penglihatan amat rendah.

@nikfarizi

Dia Ingat dia King jgak kut.nk try kutt.kut kut dia x nmpak kut.#bukitgerik_titiwangsakut @mzulkiflizakaria7 terkencing+kebagaran

♬ Zikir Penenang Hati – Hud



Seorang pengguna TikTok @nikfarizi berkongsi detik cemas sebuah Proton Waja yang laju hampir dirempuh seekor sedangkan kenderaan lain berhenti untuk memberi laluan kepada haiwan berkenaan.

“Ambil iktibar kalau jumpa abang besar kawasan (gajah) jangan buat macam tu,” tulisnya.

Bagaimanapun, menurutnya pemandu Waja tersebut bernasib kerana gajah tersebut hanya mendekati kereta berkenaan kemudian masuk semula ke dalam hutan. 

“Ye,luck dia kena sipi-sipije, gajah tu bagi anak dia lintas kat depan, jadi Waja tu redah,” tulisnya.

@nikfarizi

Reply to @nikfarizi Wajaa is back myvi boleh jatuh tahkta ni🤔

♬ original sound – Nik – Nik

Perkongsian video itu mendapat lebih 700,000 tontonan dan pengguna yang sudah biasa melalui laluan berkenaan menjelaskan seharusnya pemandu mematikan lampu kenderaan sebaik terserempak haiwan tersebut.

Ini kerana gajah akan berasa terancam apabila disuluh dengan lampu. Untuk keselamatan pemandu perlulah menekan brek agar boleh dilihat kenderaan belakang. 

Apabila berdepan situasi sedemikian, pemandu jangan panik dan bunyikan hon. Hanya berikan laluan kepada haiwan tersebut untuk melintas jalan dengan selamat. 

Seperti mana kejadian dua tahun lalu apabila seekor gajah memijak bonet Perodua Axia gara-gara kereta belakang membunyikan hon. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here